DEKORASI BAJET

OUR LOVE...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

BUAH HATI KAMI....

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, February 18, 2009

Masih blm terlambat rasanya tuk kita sama-sama sedekahkan AL-FATIHAH buat arwahyarham adik AISH' HAKIM yg telah kembali ke-Rahmatullah pd rabu lepas tepat pada pukul 12.30pm..
msti ramai yg tertanya-tanya siapa adik HAKIM ni..actually HAKIM ialah anak kepada kakak sepupu ety..terlalu banyak penderitaan yg dia tanggung selama hampir 7bln dia hidup di dunia ini..begitu juga kepada ibu dan abah arwah iaitu k.ima n abg najib yg terlalu byk berkorban untuk anak kesayangan mereka ini..
k.ima @ akak ni ialah kakak sepupu ety yg paling rapat skali sbb ety tidak mempunyai adik beradik perempuan..so dgn dialah kami slalu berkongsi pendapat dan suka duka bersama..mmg berat tuk ditanggung semua ni..namun ety percaya akak seorang yg kuat dan tabah..berkat doa kami sekeluarga akak dpt menempuh hidup yg mencabar ini..
arwah adik HAKIM meninggal disebabkan terlalu banyak komplikasi dalam badan dia akibat kelahiran pramatang..iaitu dilahirkan semasa kandungan akak br masuk 6bln..tetapi kuasa tuhan adik HAKIM dapat bertahan dengan semangat yg kuat..semasa ia dilahirkan beratnya hanya 700g shj..hidupnya bergantung kepada oksigen..dia hanya tinggal di hospital..itulah rumah utama arwah..HOSPITAL BESAR IPOH dan HOSPITAL BESAR KUALA LUMPUR...selama ini jugalah akak menjaga tanpa jemu..jika sesiapa yg melihat arwah pastinya akan menitiskan air mata..ety hanya dapat melihat arwah melalui pic n 3g(itupun senyap2..tkt nurse nmpk)..xsanggup rasanya..dengan wayar diseluruh badan..selain itu kekuatan arwah tuk hidup lebih lama mungkin dengan susu yg diberi oleh akak sendiri..selama 7bln ini la akak menghantar susu tanpa jemu kepada anaknya..itulah kekuatan susu ibu..
Saat arwah menghembuskan nafas terakhir semasa di HOSPITAL IPOH..itu pn setelah Dr. Pakar Kebangsaan di HOSPITAL KUALA LUMPUR memberitahu yg mereka tidak boleh berbuat apa2 lagi dan meminta arwah dibawa pulang ke IPOH..luluh rasa hati akak n abg najib..pada mulanya mereka tidak meredhai nya namun setelah kami sekeluarga memberikan kata2 semangat..akhirnya akak n abg najib redha sekiranya ALLAH lebih menyanyangi anak mereka..dan selepas keredhaan mereka ini lah anak nya pergi dengan tenang meninggalkan mereka buat selama-lamanya..semasa pemergian arwah berat badannya telah meningkat iaitu 3kg lbh..
akak juga merupakan isteri kepada seafarer..wlwpun abg najib tidak selalu berada di sisi dia dan anaknya namun jauh di sudut hati abg najib amat bimbang dengan kesihatan anaknya..demi mencari rezeki dia sanggup berkorban..lbh2 lg akak yg seorng diri kuatkan semangat menghadapi dugaan yg amat berat ini..abg najib juga tidak putus memberi semangat kepada isteri kesayangan nya ini..Ini lah kekuatan cinta mereka..kepada isteri2 seafarers sikap akak ini seharusnya kita jadikan contoh dan teladan buat semua...kekentalan hati..ketabahan jiwa...dan kekuatan semangat..
Mereka telah berkahwin selama 4thn..ini merupakan anak ke-3 mereka..namun nasib tidak menyebelahi mereka kerana kandungan akak yg pertama gugur..kandungan ke-2 pula meninggal dalam perut semasa kandungan sudah menjangkau 5bln...dan ini merupakan kandungan ke-3 juga telah kembali ke sisi ALLAH..
berat sungguh dugaan yg mereka hadapi..kl ety ditempat mereka ntahla..mampukah ety hadapi ini semua..adakah ety sekuat dan setabah akak?...Berat mata memandang, berat lg bahu yang memikul..
semasa majlis pengkebumian arwah ety tidak dapat pergi kerana masih dalam pantang..dlm hati ni meronta2 sgt nk pergi..mak n abah berkesempatan utk melihat pengkebumian arwah..mak kata 'sedih sgt tgk diorg..xsanggup rasanya mak tgk akak n abg najib tu..'cekal sungguh hati diorg'..abg najib sendiri yg memandikan jenazah di pangkuan ribanya..akak hanya mampu melihat dengan tidak berhenti2 menitiskan air mata...mak jugak kata 'comel sgt arwah..kulitnya putih...gebu...mmg geram kl tgk'...jenazah dikebumikan berhampiran dengan arwah abangnya iaitu anak ke-2 mereka yg diberi nama ASHRAFF..
Kepada sesiapa yg terbaca blog ini..ety mohon doa supaya keluarga mereka peroleh kebahagian..semoga k.ima n abg najib akan mempunyai cahaya mata suatu hari nanti..semoga mereka tabah menghadapi dugaan yg diberi oleh Tuhan ini..setiap dugaan ada hikmahnya..
dan juga..doakan akan roh kedua-dua permata hati mereka dicucuri rahmat..mereka ini lah akan menunggu ibu bapanya di syurga kelak..INSYAALLAH dan mereka ini lah akan mendoakan agar hidup ibu dan abahnya sentiasa diberkati ALLAH..
Bersyukurlah dengan apa yg kita peroleh pada hari ini..Moga berkat doa kalian akan memberikan sinar baru dalam hidup mereka...dan kalian juga akan sentiasa diberkati oleh ALLAH..AMIN...

10 Comments:

  1. shima said...
    Semoga rohnya dicucuri rahmat.
    Dina said...
    This is much much much worse than what I had experienced.

    Semoga kebahagiaan & ketenangan sentiasa bersama mereka.
    ety said...
    k.shima....

    sama-sama lah kita berdoa.


    dina......

    mmg kesian sgt tgk diorg..my cousin ni mmg kuat..dh la kn tinggal berbulan2 dengan suami dia..

    kita doakan utk mereka yer..
    Ena Mazly said...
    Innalillah...Semoga rohnya dicucuri rahmat..

    Semoga keluarga ini di beri kekuatan dan kebahagiaan di kemudian hari...
    ety said...
    k.ena..

    semoga berkat doa kita semua keluarga ini akan lebih tabah menghadapi segala dugaan
    HaninFarshid said...
    taziah dr hanin and farshid...semoga rohnya dicucuri rahmat...
    Azie said...
    takaziah dr azie jugak...

    ety

    azie tukar url blog erk

    http://littleworldofus.blogspot.com
    ain husna said...
    al-fatihah.semoga roh dicucuri rahmat.
    Marsha~ said...
    Alfatihah...tempatnya paling indah di syurga..
    Jiey^Mien said...
    Salam kenal..

    Blog hop tadi n terjumpa your blog..

    Sediahnya baca kisah akak ni..
    Salam buat akak ni yea.. InsyaAllah, ada 'bonus' yang menanti mereka di sana..

Post a Comment



Template by:
Free Blog Templates